Keep Reading

I know how precious your time is. Thanks for giving me a bit of it today!

Cafe Amazon bukan sekadar cantik. tapi tempat deeptalk paling best!

Malaysia

 Assalamualaikum.

cafe amazon alor setar tempat deeptalk


Dah kali ketiga aku ke Cafe Amazon, sememangnya tempat yang paling tenang aku rasa untuk lepak bersama orang-orang terdekat dan tersayang. Kali pertama aku ke sini, mashaAllah ramai betul orang sebab time tu diorang baru launch. buy one free one pulak tu. Mestilah ramai orang kan. Untuk korang yang suka lepak dan study juga aku rasa, tempat ni adalah salah satu tempat best di Alor Setar! 

cafe amazon alor setar tempat deeptalk


Betul lah orang cakap, matcha lover boleh berteman dengan coffee lover! Siapa kata bercanggah rasa tak boleh berteman? bahkan jauh lebih dekat. Antara deeptalk yang paling best, bila kita jumpa kawan yang ada cerita hidup sama macam kita. Dengan dia kita tak perlu lagi nak pura-pura bahagia, tapi sama-sama memberi kekuatan dan nasihat. 


Paling terkesan bilamana, aku dan dia sama-sama kehilangan figura ayah. Disitulah kami temu titik terendah dalam hidup. 


cafe amazon alor setar tempat deeptalk


Dua perempuan yang terikat oleh sejarah yang sama dan luka terdalam. Kami yang saling berkongsi cerita, dikala tak ada yang memahami dan langkah seringkali tersungkur. Bukan sekadar teman tapi juga saudara yang tak sedarah tapi searah. Bukan dalam percintaan saja perlu cari yang sekufu. kawan pun! Pelukan yang paling aku rasa selamat adalah pelukan dari seorang teman yang menghangatkan. 


cafe amazon alor setar tempat deeptalk


Akhir dari cerita kita, aku selalu kata "hang ada aku".. Selagi Tuhan masih memberi nafas. selagi itu kita akan tetap bersama. 

Bukan apa, agar hati tak selamanya bergelumang dengan perasaan yang hanya tersimpan sendiri. Tak perlu ramai. kalau ada dua atau tiga orang dah lebih dari cukup. kerana ia bukan tentang berapa ramai orang yang kita sayang tapi siapa orang tepat yang kita boleh melaburkan sayang sedalam-dalamnya. 


cafe amazon alor setar tempat deeptalk


Teruntuk hidayah adibah. walaupun masa depan memisahkan kita, percayalah hakikat dua orang yang sudah terikat dengan persabahatan yang lama tidak akan terpisah dimana pun! Teruslah menjadi seseorang yang berkata "jom" untuk setiap ajakan ku.

Comments

Form for the Contact Page