• Home
  • About
  • Karya Puisi
  • Cafe
    • Kedah
    • Perlis
    • Penang
  • Beauty
  • Advertise Here!
Enter your keywords
Nadi Busyra

July 18, 2026

Selesai 7 Hari Bengkel Sub Modul MyPerformance HRMIS

 Assalamualaikum semua. 


Lamanya tak meluah disini. Entah ada ke tak yang membaca blog ni. Blog kedua yang baru setahun jagung, yang kadang berhias kadang bersarang labah. Tahun ni tahun yang agak struggle dari segi mental mahupun fizikal. Kalau ikutkan hati malas betul nak update disini, tapi nak jugak jadikan medium blog sebagai tempat kenangan. Dapat tengok dan baca balik diusia tua nanti.

Morning view aku setiap hari. Ada kala berwarna biru cair, ada kala merah senja. SubhanAllah, cantik sangat ciptaan Allah. Dapat tengok view macam ni awal pagi rasa sejuk mata dan hati.

Pentadbir hrmis, submodul myperformance, cermin kereta myvi pecah,

Sebagai Pentadbir  HRMIS di jabatan, aku dan team perlu laksanakan bengkel yang tersisa dari tahun lepas. Penjawat awam pasti tahu tentang Sistem HRMIS kan? Haaa tahun lepas baru selesai bengkel untuk Submodul Sasaran Kerja Utama (SKU). Tahun ni pulak bengkel Submodul Kompetensi Fungsian (KF), Kompetensi Tingkah Laku (KTL), Nilai Sepunya (NS) serta Penglibatan & Sumbangan (P&S). InshaAllah kalau rajin, aku akan update disini tentang kesemua Submodul MyPerformance.

Pentadbir hrmis, submodul myperformance, cermin kereta myvi pecah,

Dengan sibuknya selesaikan bengkel, dapat musibah baru.. Cermin kereta retak seribu. Luluh hati ni bila masuk kereta awal pagi nak ke kerja nampak retak macam tu. Seingat aku, tak ada la pulak batu jatuh dari lori masa drive. Fikir balik mungkin time parking dimana-mana ada orang mesin rumput dan terkena. Duit pun lesap la apa lagi kan. Hahaha. Bertabah lah wahai hati. Kalau tak tukar risau pulak sebab crack makin banyak.

Allah tu Maha Pengasih. Sepanjang bengkel berlangsung pagi, tengahari dan petang dah disediakan makanan. Tujuh hari tak keluarkan duit untuk beli makanan. Allah bagi kemudahan dengan pelbagai cara yang DIA mahukan. 


Pentadbir hrmis, submodul myperformance, cermin kereta myvi pecah,

Pentadbir hrmis, submodul myperformance, cermin kereta myvi pecah,

Alhamudlillah aku dapat teammate yang supportive iaitu Fazmee dan Solehah. Masing-masing saling membantu antara satu sama lain. Susah sebenarnya nak handle kesemua jabatan/agensi di Negeri Kedah. Aku pun masih banyak yang kena belajar sebab masih baru. Semuanya bermula dari bawah kan? Slow2 belajar dan improve mana yang perlu. 

Pentadbir hrmis, submodul myperformance, cermin kereta myvi pecah,

Pentadbir hrmis, submodul myperformance, cermin kereta myvi pecah,

Pentadbir hrmis, submodul myperformance, cermin kereta myvi pecah,

Nak jadi tenaga pengajar kena paham dan cekap. Pelbagai jenis soalan yang keluar dari peserta. Tapi dalam lelahkan mengajar, ada banyak telatah mereka yang menghiburkan kami. Panjang lagi perjalanan Pentadbir HRMIS untuk semua kakitangan kerajaan Negeri Kedah. Satu persatu nanti kita belajar.

Itu saja luahan untuk entri kali ni. Seronoknya menulis di blog, kita boleh tulis seberapa panjang yang kita nak. No limit. Ada readers atau tak, tak apa.. yang penting, segala entri yang ditulis di blog, akan masuk dalam engine google. Bye semua!

Read more »
on July 18, 2026 0
Share this!
Tags
lifestyle
Older Posts Older Posts

January 07, 2026

Makanan ala western di Rabu Malaysian Western Cuisine, Alor Setar

Makanan ala western di Rabu Western Cuisine Alor Setar

Assalamualaikum semua..

Lunch semalam aku ke Rabu Malaysian Western Cuisine Alor Setar. Restorannya luas dan sangat tenang even ramai orang. Tapi yang kurang best, bilamana susah nak cari parking. yela mana taknya, lokasi kedai berada dalam kawasan pekan Alor Setar. Restoran ni baru saja beroperasi pada bulan disember tahun lepas. Surprisingly, tengok harga di menu memang murah. Normally kalau makanan western ni, macam kita tau la kan, harga pricey sikit.


Makanan ala western di Rabu Western Cuisine Alor Setar

Masa agak singkat bila keluar time lunch. Cepat-cepat order. Lawaknya kami buat pilihan yang salah untuk minuman. Kawan aku nak order matcha tapi kami tak tanya dulu waiter. Main order je.. Nahhh sekali hambekkk kauu.. haha. Tak sedap beb! Mungkin kena pada mulut orang lain tapi bukan dari kami. Haha. Adoiii kan dah membazir. Nak telan jugak dah tak boleh. Tekak tak sanggup nak terima.

Makanan ala western di Rabu Western Cuisine Alor Setar


Nampak tak air warna macam teh ais tu? Ada mix hijau. Hahaha. Memang air tu tak berkurang dari start makan sampai lah selesai. Waiter mesti notice time diorang clear kan meja. Macam aku cakap dekat atas tadi, mungkin ada orang suka rasa air macam tu.. mungkinnnn. 

Air aku yang warna buah naga tu.. itu pun aku tak boleh nak telan sangat. Untuk air aku tu, rate 4/10 je. Ada rasa pisang, tak sukaaaa.. menyesal pulak rasa tak order coffee. Selalunya kalau makan macam ni, aku memang akan order coffee. Cumanya dah minum coffee time breakfast di office.

Makanan ala western di Rabu Western Cuisine Alor Setar

Mari kita beralih pada makanan. Aku terlupa nama menu. Tapi rasanya ni best seller disitu. Mala Spaghetti. Rasa dia 6/10. Pedas! Tak sesuai untuk bukan penggemar pedas. Rasa creamy dan manis cukup. Cuma rasa masin yang tak balance. Kurang disitu. Sampaikan kawan aku kena tambah garam sendiri (diorang sediakan berdekatan cashier). 

Makanan ala western di Rabu Western Cuisine Alor Setar

Grilled Chicken. Tapi kalau korang tengok di list menu diorang tulis (chicken chop). Platting dia aku suka.. Simple je. Ada 3 jenis sos. Black pepper sos, bbq sos dan teriyaki sos. Aku memang penggemar black pepper sos tapi malangnya time ni sos tu tak ada.. terpaksalah pilih bbq sos! Bawah ayam tu ada mashed potato. Sumpah sedap mashed potato tu. Rating 7/10. Dengan harga RM12.9, aku rasa murah. Aku pernah makan Grilled Chicken harga RM18.9 yang rasanya biasa saja.. 

Makanan ala western di Rabu Western Cuisine Alor Setar

Lastly, dessert! Tiramisu cake. Happy Birthday Ayuni Aqilah. Semoga kamu diberikan kebahagiaan tanpa limit. Kek ni agak lembik. Maaf cakap, owner tolong improve lagi. Kenapa aku cakap lembik, mungkin biskut dicelup terlalu lama dalam air kopi sebelum dilapisi dengan cream cheese. Entah la. Saja nak complain walaupun aku sendiri tak pandai buat dessert. Hahaha.

Korang boleh lah kesini untuk rasa sendiri makanan ala western. Ada banyak menu western yang lain. Maybe next time aku nak cuba order yang baru pulak..
Read more »
on January 07, 2026 2
Share this!
Tags
cafe
Older Posts Older Posts

January 02, 2026

Port kopi baru di Perlis : By The Way Cafe

Cafe menarik di perlis, By The Way Cafe, cafe 2026,

Assalamualaikum semua..

Kembali lagi kita dalam rancangam Singgah Cafe.. hahaha berangan nak jadi host! Aku suka sangat vibe cafe ni, tenang dan luas. Antara cafe terbaru 2026 yang viral di tiktok baru-baru ni. Hujung minggu, aku terus ke sini. Nak tengok sendiri betul ke cantik atau indah khabar dari rupa. Ayat ni lah yang bermain di otak aku. Rupanya memang wauuu cantik. 


Boleh makan didalam cafe atau pun diluar. Cuma kalau nak duduk diluar better pukul 6 keatas. Bagi cuaca tu redup sikit, kalau tidakkk panas betul. Boleh juga duduk di bahagian atas. Cafe ni ada dua tingkat. Pemilihan warna cafe pun cantik je. Pastel colors.


Cafe menarik di perlis, By The Way Cafe, cafe 2026,

Time sampai di sini sebenarnya perut ku dah kenyang sangat. Haha. Baru lepas makan nasi ayam gepuk sultan. Disebabkan itulah aku hanya order air saja.. itu pun air refreshing. Kalau kopi jenuh muak la jawabnya. Maybe kopi next time pulak.

Untuk kedua rasa air ni aku bagi 8/10. Sedap! Warna merah air lemon strawberry dan warna oren tu adalah air lemon dan longan. Sangat refeshing! Oh sebelum terlupa nak bagitau korang. By The Way Cafe ni ada je makanan. Nampak gambar dalam menu, menyelerakan!

Cafe menarik di perlis, By The Way Cafe, cafe 2026,

Cafe menarik di perlis, By The Way Cafe, cafe 2026,

Nama pun perempuan kan? Kalau dah nampak cermin sebesar alam tu, ingat nak biarkan je ke? Hahaha. Sepuluh keatas gambar tu wajib ye. Time aku sampai disini, cuaca masih panas. Nak bergambar pun mata layu. Korang ingat ye, kalau nak kesini kena lewat sikit. 

Cafe menarik di perlis, By The Way Cafe, cafe 2026,

Cafe menarik di perlis, By The Way Cafe, cafe 2026,

Spot ootd memang banyak. Kena pulak dengan warna dinding yang putih. Memang masuk dengan apa saja warna baju yang dipilih. Asalnya tu aku nak duduk atas. Baru view tu cantik. Tapi memang tak la kan dengam panas teriknya.

Korang dah ke By The Way Cafe? Bagi aku, ia antara cafe menarik di perlis. Kalau belum pergi, silalah masuk ke dalam list cafe korang. Bukan apa, bagi aku cafe ni sangat berpatutan. Harga pun okay je.


Read more »
on January 02, 2026 1
Share this!
Tags
cafe
Older Posts Older Posts

January 01, 2026

Tahun baru 2026 : Jom ‘reset’ diri tanpa perlu stress!

tahun baru 2026, azam tahun baru 2026,

Pejam celik kita dah sampai ke tahun 2026. Masa tu sekejap je kan. Selamat Tahun Baru semua! Korang mesti masing-masing fikir azam tahun baru kan?Ada yang fikir nak kahwin, kurus ataupun nak simpan duit banyak-banyak. Sebab aku sendiri pun dah ada target apa yang nak untuk tahun baru ni. 


Tiap kali masuk 1 Januari, mesti kita nak jadi versi diri yang baru dan mungkin akan ada rasa pressure sikit. Jangan fikir dan stress sangat korang. Aku nak ajak santai sikit, even sebenarnya masing-masing tengah fikir target sendiri.

Tak perlu la korang nak buat perubahan yang drastik. Bagi aku nak jadi versi diri yang lebih baik, kita kena ‘reset’ mana yang patut dulu dekat diri. Paling utama adalah, tinggalkan dulu drama-drama tahun lepas. Jangan sesekali masukkan episod lama dalam tahun 2026. Kita buka buku baru dengan langkah dan target yang lebih bersahaja tapi masih tetap ada hala tuju. Contohnya nak pergi kerja lebih awal dari tahun lepas. Contohhhhh.. haha.


tahun baru 2026, azam tahun baru 2026,

Untuk aku sendiri, ada beberapa benda simple yang aku plan dan yang pastinya tak buatkan aku rasa burnt out.

Bye-bye 2025: Benda yang paling mencabar tapi best yang aku belajar tahun lepas adalah “semua benda sendiri”. Bermula dari aku pindah tempat kerja baru. Sebelum ni, aku ada kawan yang sangat rapat di tempat kerja lama. Jadi bila ditempat kerja baru, semua orang aku tak kenal dan bermulalah sesi perkenalan baru. Bulan pertama yang sangat mencabar. Perkenalan baru bukan saja dengan manusia tapi juga dengan kerja baru. Dalam cabaran tu, aku rasa best sebab aku dapat diri aku dengan versi yang lebih baik.


tahun baru 2026, azam tahun baru 2026,

Vibe 2026: Nak masak menu sihat dan bawa bekal ke pejabat. Di pejabat lama, aku selalu juga masak dan bawa bekal cumanya menu tak berapa sihat la, haha.. minyak banyak! Tempat baru ni aku tak sempat nak masak lagi. So nanti aku akan start semula bawa bekal ke pejabat. Menu mungkin ikan atau ayam bakar dan ulaman. Actually, itu memang makanan favorite aku. Ramai cakap itu menu diet. Tapi bukan diet target ku, yang pasti itu menu sihat.

Target kecil dan simple: Bila cakap pasal azam tahun baru 2026 mesti ramai yang ada target nak kurus dalam masa sebulan atau nak simpan RM10k dalam masa beberapa bulan. Guysss.. tolonglah  berpijak di bumi yang nyata. Sabar.. Jangan lah target yang menggunung tinggi. Tahun 2026 ni, apa kata kita fokus pada "kejayaan kecil" je dulu. Even sekecil-kecil kejayaan tapi ia bagi impak yang besar pada mental dan fizikal kita.

*Misi "Air kosong adalah kawan baik": Target tak banyak, cukup 2 liter sehari. Tak kisah lah dalam sehari tu aku perlukan kopi sekalipun, tapi kena cukupkan air kosong juga.

*Detox media sosial (walaupun sejam): Nak cuba off notifikasi masa tengah makan atau sebelum tidur. Hopefully, aku dapat tahan dari semua tu. Haha. Sebab sebelum ni, aku selalu makan sambil layan movie.

*Tidur awal: Aku ni kalau time cuti jumaat dan sabtu mesti jadi "burung hantu". Kadang layan TikTok sampai pukul 1 pagi, tahun ni nak cuba tutup lampu pukul 11 malam even esoknya tu hari cuti. Aku notice kalau tidur lambat mesti muka akan lesu bila bangun esoknya tu. 

*Hobi Baru Yang "Low-Key": Aku nak belajar satu perkataan bahasa baru sehari. Janji otak ada benda baru nak fikir. Tak payah masuk kelas mahal-mahal, belajar di youtube pun boleh. Aku belajar adobe photoshop dan illustration pun hanya di youtube je.

*Simpan RM1-RM5 sehari: Memang nampak tak banyak, tapi kalau aku konsisten ada la juga hasilnya. Hujung tahun boleh juga buat belanja makan steak mahal sebagai reward untuk diri sendiri. Sebenarnya boleh nak makan macam tu guna duit gaji bulan tapi nak makan yang beribu. Haha. 


So, apa benda simple yang korang dah plan nak buat? Plan la apa pun yang korang rasa nak buat asalkan kita happy dengan diri sendiri. 


Read more »
on January 01, 2026 3
Share this!
Tags
lifestyle
Older Posts Older Posts

December 27, 2025

Puisi #1 Tatkala aku hanya mampu melihat langit bertukar warna

Puisi bebas tentang melihat lagi bertukar warna

Puisi #1 Tatkala aku hanya mampu melihat langit bertukar warna | Segala penulisan puisi dalam blog ini adalah dari hasil ciptaan busyratakiyudin tanpa sebarang copy paste dari mana-mana pihak. Hanya sekadar suka-suka dan menulis berdasarkan pengalaman, kehidupan, pemerhatian.. Puisi yang ditulis tidak ada kena mengena dengan sebarang unsur politik, sex atau pun yang telah meninggal dunia. Ia  berbentuk bebas. 


Puisi bebas tentang melihat lagi bertukar warna

Puisi Tatkala aku hanya mampu melihat langit bertukar warna

Melangkah walau esok tak pasti

Jangan toleh ke belakang lagi

Terus menulis apa yang ada dihati

Kerana aku tahu itu tak akan terulang kembali


Harungi semua yang ada

Apa nak kata hadap saja

Tak perlu fikir apa orang nak kata

Bangkit jangan menyerah, anak yang tiada ayahnya


Takdir Allah itu pasti

Aku disini terima apa yang diberi

Hujan badai akan tetap ku lalui sendiri

Tatkala langit terus bertukar warna tanpa kamu disisi

(Al fatihah Takiyudin bin Abd Rahman)


-busyratakiyudin-
Read more »
on December 27, 2025 2
Share this!
Tags
puisi
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Search

Welcome

-Second blog-
just a girl who loves coffee

Popular post

  • Hidden Cafe - Rutin Coffee, Bukit Birut Sungai Petani
     Assalamualaikum. Tengok kehijauan dan kebiruan ciptaan Allah memang tenang sangat kan. Lagi best kalau dapat tengok dari atas hijaunya poko...
  • Layan view sambil minum kopi : Kafe 31 Teguk Alor Setar
    Assalamualaikum. Kali kedua aku sampai di Kafe 31 Teguk. Tak sangka kan ada anak muda yang kreatif untuk buat kafe secantik dan seindah ini....
  • Team Bonding: Hiking di Darulaman Hills, Jitra bersama officemates
    Assalamualaikum.. Sibuk sampaikan terlupa yang aku ada dua blog. Blog pertama dari zaman sekolah menengah tapi baru-baru ni link dah kena se...
  • Forestspot Cafe, Jitra: Worth the Hype atau Biasa Je?
    Sejak bulan lepas, nama   Forestspot Cafe di Jitra   semakin kerap muncul di Tiktok. Nampak sangat seorang Busyra suka search pasal cafe je....

Archive

Popular posts

  • Hidden Cafe - Rutin Coffee, Bukit Birut Sungai Petani
     Assalamualaikum. Tengok kehijauan dan kebiruan ciptaan Allah memang tenang sangat kan. Lagi best kalau dapat tengok dari atas hijaunya poko...
  • Layan view sambil minum kopi : Kafe 31 Teguk Alor Setar
    Assalamualaikum. Kali kedua aku sampai di Kafe 31 Teguk. Tak sangka kan ada anak muda yang kreatif untuk buat kafe secantik dan seindah ini....
  • Team Bonding: Hiking di Darulaman Hills, Jitra bersama officemates
    Assalamualaikum.. Sibuk sampaikan terlupa yang aku ada dua blog. Blog pertama dari zaman sekolah menengah tapi baru-baru ni link dah kena se...

Followers

Tags

cafe foodreview leisure lifestyle penang puisi
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Nadi Busyra. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.