Assalamualaikum..
Sibuk sampaikan terlupa yang aku ada dua blog. Blog pertama dari zaman sekolah menengah tapi baru-baru ni link dah kena sekat sebab belum renew domain. Banyak kenangan dengan blog tu. Dari situ lah dulu aku buat paid review. Sayang tu memang sayang tapi sekarang nak fokus pada blog kedua ni. Blog pertama tu aku rasa dah bercampur aduk dah. haha. Konten dari zaman budak-budak..
Nak update blog bukannya susah pun.. Taip-taip, siap lah kan. Masalahnya sekarang ni, menaip pun aku malas. Haha. Entri hiking ni dari 14 November aku hold.
Hiking memang kena dengan jiwa ku. Tapi nak dapatkan team yang betul-betul minat hiking tu susah. Aktiviti macam ni lah dapat bonding beramai-ramai. Bergelak, gurau senda bersama setelah penat bekerja. Perlukan stamina yang kuat dan hati yang kental nak mendaki bukit. Pernah hiking Bukit Mokcun, memang dasyat. Jalan nak naik tu bentuk L, menegak dan berbatu tajam. Sampai kesudah aku tak mau naik dah Mok Cun. haha. Tak tau la sekarang macam mana laluannya. Mungkin dah banyak upgrade.
Kami berkumpul jam 7.30 pagi sebelum mulakan hiking. Warming up sebelum naik. Dapat bekalan roti dan air. Excited sangat nak naik atas ramai-ramai. Yelah korang, office team aku ada dekat 60 orang. Hehe ramai dan meriah kann. Satu kawasan Darul Aman Hills tu bising dengar suara kami semua.
Bukit ni tak ada batu-batu yang tajam cumanya time nak naik tu kena mendaki sikit. Lutut kena kuat. Memang kejang urat lutut weh. Hahaha. Nampak tak, dah lama tak bersukan. Nak sembang pun kena tarik nafas panjang. Hehe.
Time ni kami dah ditengah-tengah perjalanan. Baju seragam sampai ke dalam hutan kami pakai. Bukan baju korporat je. Thank you boss. Buatkan baju free. Kain bukan biasa-biasa pulak tu, tebal.. Eh tiba ye promote baju. haha.
Rasa tenang sangat bila dapat tengok alam semula jadi, pokok dan tanah.. Susah ke nak naik ke atas? Darulaman Hills sangat sesuai untuk newbie dan ia adalah salah satu tempat hiking di Kedah.. Tak susah mana cumanya time awal-awal masa naik tu la akan rasa sikit kejang lutut. haha. Sebabnya bukit dia kena mendaki sikit. Tapi lepas tu dah okay. Officemates aku yang umur berusia pun masih kuat dan mampu untuk naik dan selamat turun..
Semut berkawad satu horaaa horeyy.. haha. Comel ramai-ramai baju putih jalan ikut ja belakang.. Bak kata pepatah bersatu teguh, bercerai roboh. Masing-masing boleh tersenyum lagi, kira okay la kan. Masih steady.
Bergambar dulu satu dua keping gambar untuk jadikan kenangan. Tak tau lagi nak naik bila. Mungkin lagi setahun, dua tahun? Mungkinnn..
Antara barisan bos-bos di office ku.. puji sikit boleh? Mana tau mereka baca blog aku yang sendu ni kan. Apapun mereka adalah tulang belakang office. Tanpa ketua yang hebat, office tak akan hidup.. Mereka penggerak organisasi jabatan.
Mungkin ada yang kata, apa yang bestnya bila sampai atas ada view macam ni jaa.. Tapi untuk orang yang suka alam semulajadi, dia akan rasa tenang sangat. Tenang seketika dari duduk dimeja kerja..
Kami ramai.. Masing-masing ada watak sendiri. Tapi kami boleh sampai diatas sama-sama dan saling bantu satu sama lain.
Masing-masing senyum dari jauh even nampak secoet (bahasa kedah) - kecil..
Semua dah selamat turun. Dalam 45 minit juga perjalanan kami di sana. Dah la dapat baju free.. Dapat lagi makanan free. Kami makan di Restoran Tok Keramat, Jitra.. Alhamdulillah kenyang. Baru ja beberapa minit lepas bakar lemak. Tak sampai 15 minit tambah balik lemak. hehe.
InshaAllah lepas ni banyak lagi aktiviti office. Boleh lah aku update disini, sebagai kenangan bukan saja dihati tapi juga tersemat disini.














0 comments