Forestspot Cafe, Jitra: Worth the Hype atau Biasa Je?
Sejak bulan lepas, nama Forestspot Cafe di Jitra semakin kerap muncul di Tiktok. Nampak sangat seorang Busyra suka search pasal cafe je. Ramai kata cafe ini antara tempat paling best untuk coffee lovers dan juga port lepak santai. Jadi, aku pun tak lepaskan peluang untuk cuba sendiri. Tapi kan persoalannya, adakah Forestspot Cafe benar-benar worth the hype atau hanya biasa je?
Lokasi dan Suasana
Cafe ini terletak di Jitra, Kedah. Bagi aku kawasannya mudah dicari, korang hanya ikut waze je. Memang akan sampai tepat pada lokasinya. Sebelum masuk cafe, tengok dari luar pun dah nampak dekorasinya modern dengan sentuhan minimalis. Aku memang suka vibes natural macam ni. Bila masuk, suasana cozy dengan pencahayaan menenangkan boleh buatkan pengunjung rasa selesa.
Kalau korang suka ambil gambar, banyak juga spot Instagrammable di sini. Dari tempat barista buat coffee sangat estetik, hinggalah ada beberapa sudut hijau dengan tanaman indoor.
Menu dan Hidangan Signature
Antara menu yang aku cuba di sini:
1. Specialty Coffee
- Spanish Latte – Ini favorite aku. Balance antara manis & pahit. Rasa kopi memang terasa.
- Butter Creme Latte – Sesuai untuk bukan hardcore coffee. Ada rasa creamy.
2. Main Course
- Grilled Chicken – Ayam yang di grill rasa juicy dan untuk kuah black pepper, sesedap rasa!
- Fish & Chips – Rasa rangup tepung salut tu sedap sangat. Ikan lembut dan kuah krim masam memang kena dengan rasa ikan.
- Buttermilk Chicken White Rice – Portion nasi dan ayam banyak. Puas hati makan. Cuma kuah cair sikit tapi masih sedap.
3. Dessert
- Golden Forest Brioche – Roti dia sedap sangat. Dicampur dengan aiskrim yang sejuk. Memang kena dengan tekak. Tidak terlalu manis.Tapi menu ni hanya seasonal saja.
Secara keseluruhan, menu diorang pelbagai – Bukan saja makanan berat tapi dessert dan coffee pun ada.
BACA SINI : Rasa lemak kopi memang padu : Kenangan Coffee
Harga & Servis
Harga di Forestspot Cafe sangat berpatutan dan kena dengan portion makanan yang diorang sediakan. Antara paling mahal adalah Grilled Salmon dengan harga RM35. Kalau dibanding dengan cafe lain di Jitra, harga masih boleh diterima.
Servis juga agak cepat dan pantas, staf disini juga baik dan mesra. Kami siap tanya lagi apa recommend menu disini. Diorang jawab dengan senyuman. Bagus sikap staf macam ni.
Worth the Hype atau Biasa Je?
Selepas aku cuba sendiri, aku boleh cakap yang Forestspot Cafe di Jitra memang worth the hype. Kopinya dan makanan sedap, Harga berbaloi, dan suasana cozy sesuai untuk lepak santai.
Kalau korang tengah mencari cafe best di Jitra untuk brunch atau minum kopi, tempat ini patut masuk dalam senarai cafe hopping korang.
Itulah pengalaman aku makan di Forestspot Cafe, Jitra. Dari segi suasana, menu, hinggalah harga, semuanya berbaloi. Kalau korang pernah ke sini, bolehlah kongsi dengan aku pengalaman korang di ruangan komen. Dan kalau ada cafe lain yang menarik untuk aku review, jangan lupa suggest okay!
No comments