Keep Reading

I know how precious your time is. Thanks for giving me a bit of it today!

Rasa lemak kopi memang padu, hanya di Kenangan Coffee

Malaysia

 Assalamualaikum.

Kenangan Coffee di Sungai Petani


Sehari tak minum kopi rasa tak lengkap hidup. Tapi aku tidaklah amalkan kopi sehari sampai tiga kali. Itu betul-betul addicted sangat tu. Untuk aku cukuplah sehari sekali minum. Tak kisah waktu bila pun asalkan minum. Kalau aku order zus coffee selalunya aku akan pilih less sugar. Korang notice tak kalau air zus kita pilih regular sugar sebenarnya manis dan boleh merubah rasa kopi? Aku pernah order coconut latte regular sugar dan less sugar. Nak compare, rupanya yang less sugar lagi sedap.


Pantang kalau ada kedai kopi baru mesti aku akan pergi. Kenangan Coffee sememangnya asal dari tanah Indonesia dan akhirnya dibawa ke Malaysia. Dulu diorang buka di Kuala Lumpur saja. Rasanya tahun lepas diorang buka di Sungai Petani. Korang pernah dengar lagu better than you nyanyian ayda jebat? haaa dalam lagu tu terselit Kenangan Coffee. Ayda Jebat dah lama rasa kopi ni. Aku ja yang beria semacam. haha


Kenangan Coffee di Sungai Petani


Honest review dari aku, kopi ni sumpah sedap gila. Tiap kali aku ke sini, mesti order aku sama saja iaitu Kenangan Latte. Rasa lemak susu tu, memang aku tak jumpa dekat tempat lain. Tak sia-sialah import dari Indonesia. Aku tak pandai nak describe tapi korang boleh bayang tak, rasa kopi datang dari lemak susu bukan campuran air gula. Korang tengok la warna air dia tu, memikat hati kan? cantik je kejadiannya.


Kenangan Coffee di Sungai Petani


Untuk peminat matcha, review dari kawan aku, dia cakap rasa matcha ni biasa saja. Tapi tidaklah teruk, boleh diminum. Mungkin kawan aku pernah minum matcha yang lagi sedap dari ni.


Awal-awal aku dah download apps Kenangan Coffee. Bukan apa, senang sikit sementara nak sampai di Amanjaya Sungai Petani tu boleh order siap-siap thru apps. Tak perlu nak tunggu lama, sampai dan pickup. Jimat masa. Untuk first user, korang akan dapat voucher. Bolehlah dapat harga lebih murah dari biasa.


Kenangan Coffee di Sungai Petani

Suka sangat vibes dan nama cafe ni. Boleh rasa bila kita datang kesini dengan orang tersayang. Lepas lepak dan minum, pasti akan tinggalkan kenangan manis. Setiap keadaan yang jadi dalam hidup kita, dipanggil kenangan dan ianya tak boleh diulang ganti. Sebab tu orang cakap, cipta lah seberapa banyak kenangan yang kita mampu. Kita tak akan pernah tau kenangan mana yang akan jadi titik terakhir.

Nikmatilah selagi kita boleh berkumpul bersama teman, kerana semua ini akan menjadi sebuah kenangan.

Kenangan Coffee di Sungai Petani


Comments

Form for the Contact Page