Tak perlu la korang nak buat perubahan yang drastik. Bagi aku nak jadi versi diri yang lebih baik, kita kena ‘reset’ mana yang patut dulu dekat diri. Paling utama adalah, tinggalkan dulu drama-drama tahun lepas. Jangan sesekali masukkan episod lama dalam tahun 2026. Kita buka buku baru dengan langkah dan target yang lebih bersahaja tapi masih tetap ada hala tuju. Contohnya nak pergi kerja lebih awal dari tahun lepas. Contohhhhh.. haha.
Bye-bye 2025: Benda yang paling mencabar tapi best yang aku belajar tahun lepas adalah “semua benda sendiri”. Bermula dari aku pindah tempat kerja baru. Sebelum ni, aku ada kawan yang sangat rapat di tempat kerja lama. Jadi bila ditempat kerja baru, semua orang aku tak kenal dan bermulalah sesi perkenalan baru. Bulan pertama yang sangat mencabar. Perkenalan baru bukan saja dengan manusia tapi juga dengan kerja baru. Dalam cabaran tu, aku rasa best sebab aku dapat diri aku dengan versi yang lebih baik.
Target kecil dan simple: Bila cakap pasal azam tahun baru 2026 mesti ramai yang ada target nak kurus dalam masa sebulan atau nak simpan RM10k dalam masa beberapa bulan. Guysss.. tolonglah berpijak di bumi yang nyata. Sabar.. Jangan lah target yang menggunung tinggi. Tahun 2026 ni, apa kata kita fokus pada "kejayaan kecil" je dulu. Even sekecil-kecil kejayaan tapi ia bagi impak yang besar pada mental dan fizikal kita.
*Misi "Air kosong adalah kawan baik": Target tak banyak, cukup 2 liter sehari. Tak kisah lah dalam sehari tu aku perlukan kopi sekalipun, tapi kena cukupkan air kosong juga.
*Detox media sosial (walaupun sejam): Nak cuba off notifikasi masa tengah makan atau sebelum tidur. Hopefully, aku dapat tahan dari semua tu. Haha. Sebab sebelum ni, aku selalu makan sambil layan movie.
*Tidur awal: Aku ni kalau time cuti jumaat dan sabtu mesti jadi "burung hantu". Kadang layan TikTok sampai pukul 1 pagi, tahun ni nak cuba tutup lampu pukul 11 malam even esoknya tu hari cuti. Aku notice kalau tidur lambat mesti muka akan lesu bila bangun esoknya tu.
*Hobi Baru Yang "Low-Key": Aku nak belajar satu perkataan bahasa baru sehari. Janji otak ada benda baru nak fikir. Tak payah masuk kelas mahal-mahal, belajar di youtube pun boleh. Aku belajar adobe photoshop dan illustration pun hanya di youtube je.
*Simpan RM1-RM5 sehari: Memang nampak tak banyak, tapi kalau aku konsisten ada la juga hasilnya. Hujung tahun boleh juga buat belanja makan steak mahal sebagai reward untuk diri sendiri. Sebenarnya boleh nak makan macam tu guna duit gaji bulan tapi nak makan yang beribu. Haha.
So, apa benda simple yang korang dah plan nak buat? Plan la apa pun yang korang rasa nak buat asalkan kita happy dengan diri sendiri.



0 comments