Assalamualaikum semua..
Pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menganjurkan Program Alor Setar Car Free Saturday iaitu diadakan pada setiap hari Sabtu minggu pertama di kawasan Dataran Medan Bandar Alor Setar. Beberapa laluan utama ditutup bermula pukul 7.00 pagi sehingga 9.30 pagi. Program ni baru sahaja dilancarkan pada 2 Mei 2026 yang bertemakan ‘Bandar Hijau Komuniti Sejahtera’.
Aku join program ni hari Sabtu awal bulan 7.. Seronok dan meriah rupanya bila terlibat dengan program begini. Dapat release stress dengan lelahnya kerja. Bukan sahaja aktiviti brisk walk yang ada, bahkan terdapat aktiviti lain seperti Jom Kayuh Gerek, Fun Run, Senamrobik/ Zumba, Reruai Jualan dan banyak lagi.
Ada yang lagi best bilamana, menjunjung kasih Tuanku Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah juga hadir untuk memeriahkan lagi Program Alor Setar Car Free Saturday kali ini. Aku tak sempat nak tunggu Tuanku sampai, sebab dah balik time ni. Gambar ni aku ambil di page MBAS.
Sempat lagi aku join Putra Medical Centre (PMC) nak check gula dan tekanan darah. alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Gula dan tekanan darah aku normal dan stabil. Penting sebenarnya dalam sebulan kita check dan ambil tahu tentang kesihatan sendiri sebab dari keputusan yang dapat kita boleh control apa yang perlu.
Berbekalkan roti yang ada untuk breakfast pagi ni. Arrgh so excited! Lama nya tak Brisk Walk.. tenang sungguh walaupun riuhnya suara-suara orang sekeliling. Bila dah lama tak buat macam ni, rasa sedikit lelah ye. Hahaha, tapi tetap sampai kegarisan penamat. Alhamdulillah. Best!
Sesampai saja, terus beli air sebab dahaga betul. Nampak tak yang aku dah lama tak bersenam. Haha. Dasar pemalas! Sempat juga beratur macam kanak-kanak ribena nak dapatkan air milo.
Apapun seronok sangat dapat join aktiviti macam ni. Dapat keluarkan peluh dan of course dapat bonding dengan kawan-kawan. Aku rasa itu saja yang aku sempat upload gambar di entri ni. Entri yang dah lama aku peram macam pekasam dalam draf dari awal bulan 7. Nak jadikan cerita kenapa aku sambung menulis ni, seronok dapat menaip dengan keyboard baru ipad. Haha.
Jumpa lagi entri seterusnya!








No comments